Heyy. Assalamualaikum semua. :D
Okay okay, lama tak update blog ni. Sorry, maklumlah saya kan pelajar sekolah. Haruslah busy enn. Kalau tak busy pun, tapi tak de benda nak cerita. Apa Tujuan?
Berbalik kepada topik. Heyy, Sabtu lepas me and The Girls keluar. :D hehehe. Pergi library, Bukit Kubu, jalan-jalan, lepak tepi pantai dan makan-makan. That day, is the most unforgettable day. Aktiviti paling banyak kali kitorang buat pada hari tu ialah GELAK!! Hahhh, itu je lah yang kitorang rajin buat.
Mula-mula, pergi library. Dalam pukul 12 baru sampai library. Sebelum nak sampai library tu, kami haruslah melalui satu rumah yang SANGAT! PALING! saya benci. RUMAH ANJING. Hahhh tu bukan nama sebenar rumah tu. Tapi disebabkan dalam rumah orang tu ada anjing yang sagat garang, saya nama kan dia RUMAH ANJING. Biasanya pagar rumah tu tertutup, tapi entah kenapa time saya lalu pagar dia ternganga LUASS gila. Ku fikir anjing-anjing tuan Rumah Anjing tu berikat, rupanyaaaa.... Makaiyhh.. Detik paling mencemaskan dalam hidup saya. Anjing-anjing tu bebas. Apa lagi. Kena KEJAR laaaa..........!
Sampainya di library kami terus amik port kt dalam private room. Kami semua berlima, Saya, Farhana, Preseena, Apeera dan Nadia. Asalnya nak buat homework, tapi sekejap je buatnyaa.. Selebihnya mengarut sembang-sembang dan bergambar. Bab bergambar, saya memang exited. Kalau nak tahu, mostly dalam setiap Phone atau Camera kawan-kawan saya, misti ada sekurang2nya satu. Tapi biasanya lebih. Hehehehe.. Saya nak share sikit gambar kami masa kat libry tu.
Preview:- Nadia pelajar baru yang datang dari Kuala Lumpur, sebelum bersekolah di Perlis, dia sekolah kat Methodist Girl School KL. Dia pendatang, same like me.
Cukup pasal Nadia. Dalam tengah buat kerja tu, kami semua mengadu lapar. Hehehe. Masing2 buat cerita tak breakfast. Ntah-ntah dah melahap nasik Lemak 6 bungkus. Tak kisah laa, tapi yang pasti. Kami berkemas jugak untuk pergi Brunch dekat tepi pantai.
Sebelum pergi makan, kami singgah dulu kat Bukit Kubu. Perasan tak?? Saya selalu ckp pasal Bukit Kubu. Tapi nobody knows how does it look like. Kehh kehh kehh. Yang cadangkan untuk singgah kat Bukit Kubu ialah Apeera. Nak tahu siapa Apeera? Nanti saya kenal kan. Hahahaha. Btw, kitorang main pose-pose je kat situ. Sekadar bukti bahawa kami pernah jejak Bukit Kubu.
It's us, Opps! Tak lengkap ni..
Ni baru lengkap, It's them.
From right >Preseena>Nadia>Farhana>Apeera
Okay, Lepas habis posing-posing kat Bukit Kubu. Kami meneruskan perjalanan ke pantai. Kat tepi pantai tu ada stall yang menjual Chicken Chop . Nak kata sedap sangat tu tak de lah, tapi boleh lah kalau sesekali nak melaram makan Chicken Chop. Tapi, yang sangat kami kecewa adalah bila kami mendapat pengetahuan bahawa Chicken Chop tu dah NAIK HARGA! Waduhh. geram giloss. Tapi nak buat macam mana, kami dah pun order. Waktu dapat makanan tu, kami semua terus lahap macam 10 tahun tak pernah makan. Sampai, satu gambar pun tak sempat ambil. Hahahaa. Masa makan, buat pertama kalinya.. Kami semua senyap untuk hari tu. Hahahhaa. Maklumlah, masing2 khusuk melahap.
Okay, lepas siap makan, we all terus kan sesi berjalan sambil bergambar di persisiran pantai. Before that, saya nak kenal kan dua orang kawan yang berkepit je selalu.
1st, Preseena Preta atau lebih di kenali sebagai Preseena-The-Braces-Girl. Yeah, dia pakai braces, dan disebabkan braces dia saya selalu kacau dia. Hahahah, setiap kali getah braces dia di tukar saya misti cakap something. Like
Getah hijau: Heyyy! Gigi apa ni, berlumut hijau
Getah kuning: Heyyy! Pergi gosok gigi lah! Kuning tu. Hahahha
Getah merah: Heyyy! Gigi awak berdarah
Getah putus: o_O apasal weird sgt ni? I can't stop laughing
Itu lah Preseena.. :D
Haaa, ni dia Apeera Punsawat she is Siamese. Yayy! Dapat jugak berkawan dengan orang siam. Tapi, tak ada beza pun dengan yang lain. Sama je. Kecik je Apeera ni, Jap jap.. Dia tak kecik.. Saya yang besar. Yea yea.. tahu tuu.. Dia cepat marah!! Whoaa.. Tapi yang syok nya dia juga cepat baik. :D DAN DIA SANGAT PANDAI BELAKON!!! (dia je yang faham lakonan dia)
Another few picture...... Of me and them
Tunggul terdampar.
Diorang berketawa.
Angin sgt kuat.
Okay okay. Gambar mcm boring. >_< ada ku kisah?
FARHANA
Ni Farhana Ardilla.. Rasa nya saya pernah cerita pasal dia kat entri sebelum ni. Dia sangat pemalu, dia lah yang paling susah sekali untuk bergambar. Kadang2, terpaksa ambil senyap-senyap. Heheheh. Okay>> seharusnya. semua nilai-nilai murni, longgok kat dia sorang. Dia memang baik. Tu je yang mampu cakap, kang cakap lebih-lebih dia suruh DELETE pulokkk.. Hahaha.
BACK TO ME!
Lepas bergambar, kami main kat Play Ground. Weee~
Jangan nak Happy sangat lah kann. Ada kisah di sebalik buaiyan ni. Buai yang Apeera duduk tu, itu sebelum. Selepas dia?? Korang pergi lah tengok sendiri apa yang jadi.
Alkisah.. saya pun teringin nak main buaiyan, jadi lepas Apeera duduk. Saya pun duduk jugak. Hayun punya hayun. GEDEBUSHHH, BOOOMM! Semua terdiam..... (ada bunyi cengkerik sikit) dan tengok ke arah buaiyan yang saya duduk.. Brooo!! Buaiyan tu PATAH DUA . BAHAHAHAHAH!!!!!! Detik paling saya tak boleh lupakan. Ada dua orang couple yang sedang berdating dan satu family yang bahagia bersama anak-anak kecil tergamam tengok saya jatuh kebawah, terduduk bebbb! Hahahhaah.. Kapel-kapel tu saya tngok, dok balun gelak. Tak kurang jugak Preseena, Apeera dan Nadia. Diorang lari kat tembok belakang tu dan gelak sampai pecah perut, terburai perut diorang. Hahahhaa! Yang setia menunggu saya, dan pull me up hanya lah Farhana. Hahaha. Sumpah lawak gila time tu. Yang malu nya, makcik jual Ice Blend kat tepi buai tu tengok je. Hahhaha! Satu playground tu sunyi sepi dan gelak kan saya. Nasiblah tak ramai orang. Lepas bangun, saya pun join Preseena, Apeera dan Nadia gelak.
Nak tengok tak???
Muka orang lepas jatuh, yang kat tepi tu tolong gelak! Cishhh
Okay.. Senyap ehh, kepada schoolmate yang baca. Buat tak kenal je kat saya ni yee.. Hahaha. Anak gajah terjatuh memang sedap lah bunyik nyaa.
Okay, lepas penat mengelakkan diri saya sambung baca balik ye.
Kami pun meneruskan perjalanan, Preseena nak belanja Ice Blend kt Kedai-Apatah-Namanya. Sesampai nya kami ke destinasi, saya pun cari Purse. Aikk? Purse? mana pergi? Haaaaa.. Purse saya hilang tau. Punya lah gelabah, I/C ada kt dalam tu yang tu tak sanggup nk hilang. Baru teringat, sebelum pergi makan. Saya singgah photostat kat kedai aunty. Saya pun tanya orang kedai tu, ada tak jumpa Purse. Orang tu kata tak da. Aduyaii. Apa lagi, menangis lah anak gajohh ni. Lama tauu, lepastu saya suruh diorang pulak pergi kedai tu untuk kali ke berapa tah. Nadia teman saya kat Kedai-Apatah-Namanya dan tenangkan saya. As you all know, saya ni mana nk tenang. Sure gelabah punya, Then Farhana, Preseena and Apeera keluar dari kedai aunty buat muka tak bersalah. Anddd! Ada pun Purse tu..! Halamakk aiyyh. Apa lagi? Melalak lah saya kat depan orang ramai tu sambil peluk Preseena dan cakap Terima Kasih bnyak kali.Then sambung minum Ice Blend
Tengah dok syok makan ternampak jugak jejaka-jejaka sekolah saya baru balik dari tuisyen petang tu. Tapi tak tegur pun.<<< tak penting.
Okayy! Akhirnya, saya Apeera dan Nadia balik dulu. Dan brpisah dengan Farhana, Preseena di Kedai-Apatah-Namanya tu. Kami sampai rumah pun nak dekat pukul 6 Petang. Wahhh, dari pukul 11.30 pagi hingga 5ptg kami merambu.
Saya memang tak akan lupa Satu hari yang telah banyak merakam sejarah dalam hidup saya.
#1st: Kena kejar anjing yang sangat tajam giginya
#2nd: Jatuh buaiyan yang sangat memalukan tapi FUN
#3rd: Hilang Purse unt setengah hari tapi tak perasan.
TIGA BENDA TERJADI KAT SAYA DALAM MASA 7jam 30minit.
And That's All My Story For Today
Enjoy!
~Sign Off~